Kini bumi ini dalam percaturan Nabi Akhir Zaman (Nabi Muhammad SAW) – Nur Muhammad

Sebab-sebab adanya ulama yg menolak Imam Mahdi

Ada ulama yang menolak kedatangan Al Mahdi kerana terpengaruh dengan kaedah Zionist yang menghapuskan kepercayaan terhadap kedatangannya, atas sebab tidak mempercayai karamah para wali, juga atas sebab sifat rendah diri terhadap Barat. 

——————————————————————————————————————————————

Tidak cukup dengan menolak bakal munculnya Imam Mahdi ke dunia ini, sebahagian ulama, cendekiawan dan sarjana telahberlebih-lebihan dalam penolakan mereka. Mereka mendakwa bermacam-macam perkara, dari hujah yang dapat diterima oleh akal, hinggalah kepada hujah-hujah yang langsung tidak dapat diterima oleh akal kita yang sihat. Semua ini menunjukkan penolakan yang berlebih-lebihan dan penuh emosi, akhirnya mereka menjadi sesat dan seterusnya cuba menyesatkan pula orang lain. Penolakan ini bermula dari yang sederhana hinggalah kepada yang melampau. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan mereka menjadi demikian, mengeluarkan pendapat yang jauh bercanggah dengan jumhur ulama dan sebenarnya menimbulkan lebih banyak lagi perpecahan pendapat di kalangan umat Islam, antaranya:

1. Rasa rendah diri kepada dunia Barat yang sedang ‘memerintah’ dunia ketika itu. Pertentangan yang amat hebat antara tamadun Islam yang hampir rata dengan bumi dengan tamadun Barat yang sedang marak mengembangkan sayapnya ke seluruh dunia menyebabkan para cerdik pandai ini mencari-cari kesalahan di dalam umat Islam sendiri. Mereka melihat bahawa kepercayaan kepada munculnya Imam Mahdi adalah salah satu punca yang memundurkan umat Islam. Maka disalahkanlah Imam Mahdi itu kerana menyebabkan umat Islam mundur, dan tamadunnya hampir runtuh.

2. Kurang ilmu agama, tetapi cuba-cuba mencampuri urusan agama. Ini berlaku kepada beberapa orang cerdik pandai terutama di Timur Tengah dan Mesir. Akibatnya mereka terjebak dalam perangkap yang sengaja mereka cari dan masuki. Akibatnya, mereka sampai ke tahap merendah-rendahkan peribadi Rasulullah SAW sendiri, sama ada secara mereka sedar atau tidak sedar.

3. Berlainan akidahnya daripada akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Mereka ini kebanyakannya adalah dari kalangan pengikut mazhab Syiah. Antara tujuannya adalah untuk menimbulkan ragu-ragu terhadap hadis mengenai Imam Mahdi Ahlus Sunnah dan pada masa yang sama cuba menerapkan kepercayaan terhadap Imam Mahdi Syiah mereka pula.

4. Pengaruh persekitaran yang menekan mereka. Ketika itu, umat Islam memang diakui sedang amat lemah dari segala segi. Banyak perbalahan berlaku disebabkan oleh perkara remeh temeh, khilafiah dan ijtihad semasa. Perbalahan yang berlaku antara pengikut mazhab yang berlainan juga boleh membawa pergaduhan dan pertumpahan darah sesama umat Islam. Antara soal yang sering dipertikaikan termasuklah mengenai diri Imam Mahdi. Kerana itu, mereka berasa perlu mencampuri urusan ini dan mengeluarkan pendapat mereka pula, yang mereka rasakan betul, walhal pendapat merekalah yang sebenarnya pelik-pelik dan ganjil-ganjil.

5. Pengaruh pendidikan sekular yang menguasai jiwa dan pemikiran mereka. Maka berdasarkan logik ilmu sains yang dipelajarinya itulah yang diguna pakai untuk menilai, mengkritik dan menghuraikan konsep Imam Mahdi itu, tanpa menyedari pendapat mereka itu tidak sesuai dengan kaedah penilaian, kritikan dan huraian yang sebenar menurut Islam. Memang menurut kaedah sains, Imam Mahdi adalah sesuatu yang tidak logik.

6. Mempunyai sikap merendah-rendahkan golongan ulama terdahulu yang sudah berjasa besar. Antara ulama besar yang sering dijadikan sasaran adalah seperti Imam Ibnu Hajar, Imam as-Suyuti dan Imam Mahyuddin Ibnu Arabi. Mereka ini sering dijadikan mangsa kerana mereka inilah yang menyatakan secara berani dan tegas pendapat mereka terhadap konsep Imam Mahdi. Banyaklah komen dan kritikan hebat ditujukan khusus kepada mereka ini, seolah-olah si pengkritik itu adalah lebih bijak, lebih pandai, lebih bertaqwa, lebih bijaksana dan lebih dalam ilmunya daripada yang dikritik.

7. Memandang rendah agama sendiri. Mereka ini memang datang dari golongan yang mendapat pendidikan sekular, berfikiran sekular dan hidup secara sistem sekular yang dipelajarinya itu. Kesannya, mereka sentiasa memandang rendah setiap apa yang disebutkan oleh para ulama terdahulu berhubung soal-soal agama, termasuklah soal Imam Mahdi ini. Mereka malu dengan agama sendiri dan menganggap agama Islam sebagai agama low-class. Tamadun Barat dipandang lebih tinggi daripada agama Islam.

8. Menolak berlakunya karamah kepada para wali. Dalam hadis dan riwayat mengenai Imam Mahdi, perkara keramat kepada Imam Mahdi itu adalah suatu yang lumrah, dan sekali imbas seolah-olah melebihi apa yang pernah berlaku kepada Nabi Muhammad SAW. Kerana itulah ramai ulama moden hari ini mempertikai kesahihan hadis-hadis tersebut kerana tidak bersesuaian dengan hukum syarak dan logik akal mereka. Bolehkah Imam Mahdi itu mendapat suatu keramat yang kehebatan keramat itu tidak pernah diterima oleh sesiapa pun termasuk Rasulullah SAW sendiri? Demikian antara soalan yang sering dijadikan alasan. Seterusnya, hadis-hadis sedemikian ditongsampahkan sahaja oleh mereka, dan periwayatannya dianggap sebagai suatu cerita dongeng semata-mata.

9. Mahukan umat Islam membina kemajuan sendiri yang setanding dengan kemajuan dunia Barat. Jika umat Islam asyik dengan Imam Mahdi sahaja, sampai bila-bila pun mereka tidak akan maju dan akhirnya akan menjadi pengikut kepada kemajuan yang dicipta oleh Barat. Maka mereka harus melupakan Imam Mahdi dan bangun serentak membina kekuatan dan kemajuan sendiri, yang setanding atau lebih maju dari apa yang sedang dikecapi oleh Barat hari ini, katanya.

10. Mahukan agama dan umat Islam dibersihkan dari sebarang noda dan kekotoran syirik. Mereka mendakwa umat Islam telah secara sedar atau tidak sedar, tercemar akidahnya disebabkan mempercayai Imam Mahdi yang akan muncul suatu hari nanti. Mereka berasa amat sedih atas apa yang berlaku ini dan menentang sekeras-kerasnya kerana mahu umat Islam bersih semula akidahnya dari sebarang syirik Imam Mahdi itu dan mempercayai konsep Imam Mahdi secara ala kadar sahaja, tak usah lebih-lebih. Menurut mereka, tidak akan ada keramat Imam Mahdi yang zahirnya mampu melebihi dari apa yang pernah diterima oleh Nabi Muhammad SAW sendiri.

11. Sengaja mahu mencari nama dengan menimbulkan isu-isu sensasi. Golongan sebegini tidak ramai tetapi amat berkesan dalam usahanya mempengaruhi kumpulan umat yang lemah iman dan cetek ilmunya. Biasanya usaha mereka ini dapat dihidu dengan cepat dan dibendung lebih awal. Jika tidak dibendung pun, pasti akan musnah bersama-sama musnahnya si pembawa cerita itu. Lazimnya mereka membawa isu-isu yang berbentuk negatif dan memburuk-burukkan Islam melaluinya.

12. Terpengaruh dengan kaedah Zionis yang berjaya menghapuskan kepercayaan munculnya Messiah daripada khayalan hati sanubari bangsa Yahudi, yang akan menyelamatkan dunia ini, dan mereka kembali semula ke dunia nyata, berusaha membina kekuatan sendiri tanpa perlu mengharap kedatangan sang Messiah itu untuk menyelamatkan mereka. Maka mereka cuba menuruti kaedah yang telah terbukti berjaya dilakukan oleh puak sekular Zionis itu, dengan harapan umat Islam tidak lagi hanyut dalam cereka dongeng Imam Mahdi mereka dan kembali semula ke alam nyata. Maksud mereka ialah umat Islam perlu bekerja keras untuk hidup dan maju di dunia ini tanpa memerlukan bantuan daripada Imam Mahdi yang entah bila akan munculnya itu.

Sekian
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: